Abah, smua or ada abah right? Sama ada beliau masih hidup atau telah kembali
kerahmatullah. Tanpa Abah, tiada lah kita di dunia. Abah adalah ketua keluarga. Perginya
abah, maka pergilah seorg pemimpin yang sangat kita sayangi, hormati, cintai..
Semua word indah2 muncul bila kita kenangkan pengorbanan dan kasih sayang
seorang abah. Namun, abah hanyalah seorang makhluk yang Allah pinjamkan utk
kita semua, ianya hanyalah sementara…ya...ianya hanya sementara. Kerana sementara itulah kita harus
hargainya. Allah memberi kita peluang utk berbakti kepada seorg yang bernama
Abah. Namun, walaupun ianya hanya sementara, sy sangat bersyukur mempunyai
seorang yang bernama Abah, walaupun kini Abah telah tiada, segala kenangan
bersama Abah akan sentiasa segar dalam ingatan ku…Abah kembali kerahmatullah
pada 12 january 2013 di Hospital USM. Pemergiannya diiringi dengan alunan
Syahadah dari isteri yang dikasihi nya. Tanpa henti, Ma mengucap dua Kalimah
syahadah dan berselawat keatas junjungan nabi S.a.w di cuping telinga Abah. Sementara
anak abah ini, terus dan terus membaca surah yaseen dihujung katil abah. Saat
dan tika itu, kami telah bersedia untuk mengiringi pemergiannya. Melihat meter oksigen abah semakin lama semakin menurun. kalau tak silap...kalau yang normal..bacaannya 100.. tapi bacaan abah ketika itu, telah berada di tahap rendah. iaitu 80. Bacaan tersebut makin turun dan turun dengan perlahan
79
78
76
75
74
73
60-
bermula dengan 60, bacaan meter turun dengan lajunya...
Ma, terus telefon kakak, utk gtw keadaan Abah yang makin tenat..Ma pesan utk semua yang ada kat rumah bersedia untuk berlaku sebarang kemungkinan, Ma minta semua untuk stay up malam tu, waktu itu, jam telah menunjukkan pukul 12.30pagi
Meter masih turun tanpa henti, keluar isyarat amaran di meter tersebut, yang memberi tahu pesakit kekurangan oksigen dan berada di paras bahaya.
59
58
57
56
55
54
52
50
49
Ma menyuruhku, utk telefon semua supaya datang ke hospital dengan segera, seribu perasaan muncul didada.. akan ku tahan mataku dari mengalir air mata, akan ku kuatkan semangat ku, akan ku tabahkan hatiku. Ingin melihat abah pergi dalam keadaan yang tenang adalah satu impianku...ku turutkan sahaja tanpa soal, ku telefon abang ngah, along dan kakak sambil mata mengerling melihat bacaan meter. Ya Allah, bacaannya masih turun, belum sempat ku habiskan bacaan Yaseen, meter tersebut berbunyi..........
tutttttttt...........................
Ya Allah, abah telah pergi buat selama-lamanya, kini didalam usia yang masih muda, ku telah kehilangan Abah buat selama-lamanya.. Air mata mengalir tanpa ku pinta, Ma menyuruh aku telefon Family, tak sampai 5 minit, baru je rasanya ku telefon mereka sebentar tadi utk segera datang ke hospital, dan kini ku telefon untuk memberitahu bahawa abah telah pergi buat selama-lamanya. ...
Doaku, Allah makbul utk melihat pemergian Abah, dan berada disamping Abah buat kali terakhir. Alhamdulillah Abah pergi dengan keadaan yang tenang, suasana hening di Hospital bagaikan Alam turut mengiringi pemergian Abah, bukan seperti kebiasaannya hospital bising dengan penghuni meraung kesakitan, penghuni berborak, tetapi malam tersebut, semuanya lena dibuai mimpi, tiada satu suara pun kedengaran. Kalau betullah orang cakap, jika pemergiannya seseorang dalam keadaan tenang, itu tandanya, malaikat sedang memayungi pemergian seorang hamba Allah.. dan ia membuatku ku tersangatlah bersyukur.

Kini, genap 18 hari Abah pergi, meninggalkan ku, meninggal kan keluarga, meninggalkan segala-galanya. yang hidup pastinya akan kembali, hari ini...Abah kembali kepada Allah, dan kita belum tahu, bilakah giliran kita untuk bertemu dengan-Nya.. sudah cukupkah amalan?... sudah cukupkan pahala, yakinkan kita akan dimasukkan syurga. Ya Allah, terlalu banyaknya dosa ku pada mu, terima kasih Ya Allah, kerana meminjamkan Abah buat sementara waktu ini, memberi kesempatan ku untuk mendapatkan kasih sayang seorang Abah. didikan dari Abah. Al-Fatihah buat Abah..semoga roh Abah berada berasma-sama dengan orang yang beriman.Amin..Amin...Amin...